N A V I G A T I O N M E N U

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Thursday, May 19, 2011

  DERMA UNTUK SURAU

Tuan Tuan / Puan Puan,
Saya, Khalid Bin Ismail, bagi pihak PIBG SMK Hillcrest Taman Seri Gombak mengalu-alukan infaq, sedekah, sumbangan, hadiah dan / atau derma kepada tabung surau untuk tujuan pembesaran dan penambahbaikan demi keselesaan anak anak kita yang belajar di Sek Men Keb Hillcrest... 
Segala sumbangan akan digunakan sebaik mungkin untuk pengubahsuaian surau, mengadakan kelengkapan yang sesuai serta menjalankan program program mengimarahkan surau SMK Hillcrest melalui Biro-Biro PIBG yang telah ditubuhkan...
Untuk itu tuan tuan / puan puan bolehlah menyalurkan sumbangan secara online yang telah saya sediakan di blog ini di sebelah kiri sidebar tertera "DERMA UNTUK SURAU"...atau tuan / puan bolehlah fund transfer ke "Akaun Surau SMK Hillcrest" CIMB Bank dan nombor akaunnya 1219-0001064-10-8...
Sekiranya tuan / puan inginkan kepastian / pengesahan, bolehlah menalipon Puan Nik Maryam Binti Idris (Pengetua) Sek Men Keb Hillcrest di talian 603-6188-4777...
Semoga dengan segala sumbangan tersebut, Allah SWT memberkati dan merahmati tuan / puan dan keluarga dunia dan akhirat...insyaAllah...
Sekian, Terima Kasih...
Motivasi untuk derma | infaq | sedekah | zakat:..
Saba (39) - .....sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba hambaNya, dan menyempitkan bagiNya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua sebaik baik pemberi rezeki...  
Aali-imran [92] Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya...

0 comments:

Post a Comment